Kata akhlaq sebenarnya tidak ada dalam bahasa Al-Quran. Yang ada hanyalah bentuk tunggalnya, khuluq. Untuk keperluan semantik, kemuadian diporpularkan bentuk jamaknya, iaitu akhlaq. Sama dengan istilah dalam bahasa Inggeris, ethics yang akhirannya ditambah huruf s. Kata khuluq yang bererti budi pekerti ada hubungannya dengan perkataan khaliq (pencipta) dan makhluq (yang dicipta). Kerana itu sebetulnya akhlak ialah bagaimana kita menjalani hidup dengan sungguh-sungguh memenuhi rancangan Tuhan mengenai diri kita. Akhlak adalah usaha kita untuk mencoba menjadi manusia.
Akhlak mendorong kita untuk menjalani sebaik mungkin umur yang terbatas dan hanya satu kali ini sesuai dengan rancangan Tuhan. Iaitu hidup suci dengan kesedaran penuh bahawa kita adalah bahagian dari kemanusiaan universal, bagian dari seluruh umat manusia di muka bumi. Kita semuanya berasal dari Allah dan akan kembali kepadaNya. Innalillahi wa inna ilaihi raji un.
Begitu pentingnya peranan akhlak dalam ajaran Islam, sehingga Nabi Muhammad menyederhanakan seluruh tugas risalahnya sebagai tugas penyempurnaan akhlak. "Aku ini diutus hanyalah untuk menyempurnakan budi pekerti luhur" (HR Ahmad)
Maka, tidak ada iman yang absah bisa diterima oleh Allah SWT kecuali terwujud dalam amal saleh. Amal saleh itu dilambangkan dengan ucapan salam. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu janganlah meremehkan suatu perbuatan baik, biar kecil sekalipun, meskipun sekadar menunjukkan wajah yang cerah kepada seorang teman."
-petikan dari Ensiklopedi Nurcholish Madjid
Dr. Nurcholis Madjid juga dipanggil Cak Nur (17 Mac 1939 - 29 Ogos 2005) adalah seorang cendekiawan muslim milik bangsa dan merupakan ikon pembaruan pemikiran dan gerakan Islam di Indonesia. Gagasan tentang pluralisme telah menempatkannya sebagai intelektual muslim terdepan, terlebih pada masa Indonesia terperosok daripada perpecahan bangsa.
Dilahirkan di Mojoanyar, Jombang, Jawa Timur kepada KH Abdul Madjid yang dikenali sebagai pendukung Masyumi, Nurcholis dibesarkan di lingkungan keluarga kiai termashyur.
Nurcholis belajar untuk ijazah kesarjanaannya di Institut Agama Islam Negeri (IAIN ), Jakarta pada tahun 1961sehingga 1968, dan kemudiannya menempuh ijazah kedoktoran falsafah dan khalam Ibnu Taimiyadi diUniversiti Chicago, Amerika Syarikat pada 1978 sehingga 1984.
Pemikirannya tersebar melalui tulisan yang dimuat secara berkala di tabloid "Mimbar Demokrasi" yang diterbitkan oleh Himpunan Mahasiswa Islam (HMI). Saat beliau melontarkan penyataan "Islam Yes, Parti Islam No" merupakan pemikirannnya yang paling menggegarkan khalayak, terutamanya kegiatan-kegiatan gerakan Islam. Beliau pada masa itu menganggap bahawa parti-parti Islam telah menjadi "Tuhan" baru bagi umat Islam.
Nurcholis pernah menjadi anggota Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) pada 1987 hingga 1997.
Nurcholis menghembuskan nafas terakhir pada Isnin, 29 Ogos 2005 jam 14.05 WIB di Rumah Sakit Pondok Indah (RSPI), Jakarta Selatan, akibat daripada penyakit hati yang dideritanya. Sejumlah tokoh datang berta'ziah dan melakukan solat jenazah, termasuknya Presiden Susilo Bambang Yudhoyo.



